Tentang Kami
Kami percaya setiap pemilik rumah berhak dapat sistem keselamatan yang betul-betul melindungi.
Goguard ditubuhkan atas satu sebab , terlalu ramai pemilik rumah baru terpaksa pertaruhkan keselamatan keluarga pada installer freelance yang tak profesional, warranty hilang, dan kerja bersepah.
Founder Story
Daripada rumah kena curi, ke build syarikat.
Pengasas Goguard, Mohd Afiq, mula bina syarikat ini selepas pengalaman peribadi yang traumatik , selepas pindah masuk rumah baru, dia upah seorang installer CCTV freelance yang murah, dipromote di Facebook Marketplace.
Hasilnya? Kabel bersepah, blindspot besar di pintu belakang, dan bila NVR rosak selepas 3 bulan , installer tak angkat call, warranty pun tak ada. Bila rumah jiran kena pecah masuk, dia baru sedar kamera dia bukan sahaja tak rakam malam , tapi malah pointing arah salah dari sudut yang installer letak.
Daripada situ, idea Goguard lahir , satu team specialist CCTV yang datang audit rumah anda dulu, sebelum quote. Kami khusus pasang CCTV sahaja, dari 4MP sampai 4K ColorVu. Bukan tukang serba boleh. Hari ini, kami sudah lindungi ratusan rumah di Lembah Klang dengan quotation telus, concealed wiring kemas, dan warranty bertulis 12 bulan.
Nama Syarikat
UNDERADS TRADING
No. Pendaftaran SSM
202403091901 (CA0383111-D)
Kawasan Operasi
Lembah Klang (KL & Selangor)
Nilai Kerja Kami
4 standard yang kami pegang setiap project.
Telus, bukan murah-murah
Quotation PDF dengan breakdown setiap kamera, sudut liputan dan saiz storage. Tiada hidden cost, tiada upgrade paksa.
Siap dalam 1 hari
Pakej CCTV standard rumah teres kami install penuh dalam 1 hari kerja , kamera, NVR dan concealed wiring Cat6. Tak payah biar tukang tidur di rumah anda.
Satu team, satu tanggungjawab
Security audit, camera placement, kabel dan setup app , semua dilaksanakan oleh team yang sama. Satu phone number untuk service call atau warranty claim.
Hardware certified
Kamera Hikvision 4MP–4K ColorVu dengan NVR PoE dan Surveillance HDD. Warranty hardware Hikvision + 12 bulan workmanship.
Sedia untuk lindungi rumah anda 24/7?
WhatsApp kami untuk site visit percuma. Kami audit blindspot rumah anda dan bagi quotation telus dalam 24 jam.